Saturday, April 4, 2009

Melaka dan Muar kami sudah datang!




One day trip! Itulah yang sebetul nya. berlaku ketika cuti sekolah (dimana saat itulah Teacher Lily mengambil kesempatan), terus menculik Chah dan Zul selepas kelas, kemudian mengambil Pija di rumah. Pergi pada hari rabu kerana Gigirl pun holiday dari kerja juga! Ini lah masanya cuma Farah Rock saja yang tiada di dalam kawasan pemilihan One Day Trip Holiday ini...huhuhu.. Sayang betul.

Pada mulanya mengalami kesukaran sebab Pija tak jadi pergi and kami terus buat conference telefon pada malam itu (guna number celcom aku sebab itu aja number yang paling canggih.hahaha~). Aku, Ggirl and Chah mengugutnya utk mencari Pija yg laen (yang tak masak sup bawang sampai bau satu bilik, yang tidak hanya tersenyum sampai ke telinga selepas membeli asam dan juga tidak melakukan perbualan gila langsung menghabiskan bil aku setiap kali berlaku conference telefon). Selepas itu, berlakulah miracle di mana dia nekad mahu mengikut kami jua...haha...Ingatkan tak jadi. Sebab kalau dia tak jadi, aku lagi lah double tak jadi.

Kami pun menuju ke Melaka untuk bertemu dengan Ggirl&Yus dan tiba pada pukul 2petang (tepat jangkaan Ggirl kerana sebelum itu dia memerli kami yang tidak akan smpai punya pada pukul 12. Sungguh kami kecewa dan malu, tepat sungguh ramalan nya. Tapi aku juga jadi mangsa sebab aku drebar... Huhuhu~)

Kami bertemu di Melaka Terminal ke hape benda tah nama nya. Sambil itu, jumpa juga Wani (rakan kolej kami semasa di semester 1) di sana. Sungguh comel dan kurus juga dia. Tapi yang paling terkilan, amat lah bau longkang mulut2 pemandu teksi di sana. Mulut cam bau cabai (wujudkah benda ini?Macam pernah ku dengar). Tapi tak mengapa. Duk beli la slurpee dimana Pija duk ngendeng kat aku minta pitih utk pembelian nya itu. Tapi last2 masa dia naik kereta Ggirl utk pergi ke Mahkota Parade selepas itu, slurpee yg lokasinya di dalam kereta ku itu disejat oleh matahari yang sangat terik! (sebenarnye Zul yang abes kan. Pija pun tak kesah sebab Ggirl ada beli Big Gulp. Tapi serius, Melaka panas!)

Yang menarik nya lagi,Wani ada kamera LSR (betul ka?) dia! Apa lagi, bantai la ambil gambar. Kaki paling banyak ambil gambar, aku and Zul. Seronok pula! Teringin nak ada kamera tuh. Kat Mahkota Parade, kami pergi main bowling and banker kami adalah Ggirl. Cian Ggirl.Dah la penat kerja 'Air Asia', pastu kena belanja kami pula. hehe.. Tapi sock kami bayar sendiri taw!

Lepas main bowling, Ggirl culik kami pergi ke Muar. Dah nak senja baru pergi ke 2nd negeri semata-mata nak dinner. Tapi dinner berlantai kan air. (Tapi pijak di atas papan yang nyata la. Kalau air, makan anak ikan aje.) Tempat itu di panggil Jeti. Tema : Seafood tapi aku order Mihun sup. Sedap makan panas2.Tapi si Yus minum air belimbing taruk garam! Mula2 mcm Fear Factor, tapi sedap pula rasanya. Rasa belimbing yang sebenar!(Promote pula...)

Kepulangan kami ke Kuala Lumpur tiba sebelum pukul 12. Yalah,Zul and Chah ada curfue kat UIA. Wani pula tak sempat ambil bus ke Penang and ambil keputusan tidur di rumahku. Pembawakan kereta mencapai kelajuan impak maksima myvi 1.3 sebanyak 110-130km/j(betul ke kiraan ku ini?)

Sebenarnya, ayahku tak tahu pun aku pergi ke Melaka dan Muar di hari itu tetapi keesokkan nya kantoi jua kerana RESIT TOL! Nak buat macam mane, mengaku ajalah...Sengih kan sudeyh...

Yang seronoknya:

1. Tengok kehebatan Ggirl yang tidak berlesen tetapi masih HARDCORE membawa kancil tapi masih lagi 'senget' ingin mengikut lane laluan. Sesedap rasa kau je nak berada di lane tengah untuk jangka masa yang agak lama...kekeke!

No comments:

Post a Comment